so biler dah kawen nim muler la rase insaf lak xblaja dr mula dlu2...t______t tp nasib la Encik Suami bagi semangat..it's ok...blaja slow2 dlu..lame2 pandai la....smua orang blaja dr bawah....bukn trus2 lahir ke dunia...pandai trus...betoi x?pedulikan apa orang kata....
So malam semalam cuba la masak makanan feveret Encik Suami...amek resepi pom turun temurun dari mak mentua n belaja masak ngan dia..ngee~~nak cube mempraktikkan biler balik KL nanti.....Makanan ni memg kat Kuala Lipis terkenal dengan masakan nie..kalau Temerloh terkenal dengan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak..Kalau di Lepeh (sebutan untuk Kuala Lipis) terkenal dengan "Sambal Belimbing Hitam".
resepi-resepi nya agak la senang sangat2...antara bahan-bahan nya adalah :-
bahan-bahan :
10 ulas cili api (ikot suka nak letak banyak mana, bagi yang kurang pedas bolehlah kurangkan kuantiti)
5 Ulas bawang merah
6 keping belimbing hitam (direbus)
segenggam ikan bilis
garam
aji
minyak masak
cara-cara memasak :
* tumbuk cili api bersama garam hingga lumat (jangan terlampau hancur sangat)
* masukkan ikan bilis, tumbuk bersama-sama dengan cili tadi (tumbuk kasar)
* masukkan belimbing hitam, dan ditumbuk bersama-sama bahan yang lain
* masukkan sedikit minyak dan goreng bahan-bahan tadi dengan api yang perlahan sehingga minyak kering dan bahan-bahan tadi bertukar warna kehitam-hitaman dan sedikit garing. bolehlah diangkat dan dihidang
*** sambal ini enak jika dimakan dengan nasi yang sedang panas sahaja..
*** untuk menghasilkan belimbing menjadi kehitam-hitaman..buah belimbing tersebut perlu direbus di dalam periuk tanpa air dan dicampur dengan sedikit garam. biarkan ia dengan api yang perlahan..setelah kehitam-hitaman baru lah diangkat. boleh disimpan di dalam peti sejuk.
![]() |
b4 direbus..belimbing buluh..kecur air liur!~ |
![]() |
setelah direbus menjadi kehitam-hitaman~ |
![]() |
sambal hitam belimbing made in Lepeh~ |
malam tue 3pinggan Encik Suami makan licin....memg perot tangki treler punyer....yang best nyer sambal ni boleh simpan bhari-hari di dlm fridge...plg lama seminggu la...jika nak makan kasik panas je balik semula...
sekian berita terkini d' dapur dari saya....selamat mencuba!